Cikgu Kelas Belajar Memasak Untuk Pasangan Baru Berkahwin (4)

Cikgu Kelas Belajar Memasak Untuk Pasangan Baru Berkahwin (4)

Anda pandai masak makanan apa? Kalau nak buat kelas memasak dari rumah, apa yang anda akan masak? Saya ada terjumpa saya website ni yang menjual peanut butter buatan dari rumah, ramuan utama ialah dari minyak kelapa dan kacang. Cuba bayangkan jika anda pandai buat peanut butter dan anda ajarkan kepada orang lain. Pasti ilmu anda bertambah dan poket anda juga berisi kan.

Saya pun ada join group whatsapp untuk peniaga. Kadang-kadang tu ada la jugak sahabat yang buka kelas belajar buat donut, asam pedas dan pelbagai masakan lagi. Kita memang tahu tentang sesuatu perkara, dan kita rasa tak de orang nak belajar dari kita kan. Kalau kita cuba beranikan diri buka kelas, saya pasti ada jugak la orang yang nak datang belajar. Buat flyer cantik, lokasi menarik, dan buat marketing di facebook sedikit. Sekurang kurang nya mesti pastikan ada 100 orang bertanya tentang projek anda. Biasanya 10% dari yang bertanya tu akan datang. Cubalah hari ni, letak harga murah sikit untuk yang baru bermula. Jangan lupa cek harga pasaran dahulu sebelum buat merketing.

Antara detail yang perlu ada di dalam flyer atau mesej whatsapp anda ialah,

Lokasi tempat kelas di jalankan – di rumah pelanggan atau tempat anda, gambar makanan yang anda nak ajarkan, nombor telefor anda atau cara pelanggan boleh menghubungi anda.

Leave a Reply

Close Menu