Jurulatih Perniagaan (3)

Jurulatih Perniagaan (3)

Jenis Perkerjaan dari Rumah

Anda pernah berniaga dari rumah? Saya berniaga sejak dari sekolah rendah lagi, bukan nak menunjuk pandai. Cuma nak beritahu, walau berapa pun usia anda, belum terlambat untuk memulakan sesuatu.

Nenek saya buat ketupat palas untuk diletakkan di kedai makan di kampung saya. Biasanya saya akan menghantar ketupat ke kedai di waktu tengahari, dan datang semula untuk mengutip bayaran di waktu petang. Tak nampak macam menjual tapi susah juga nak mengutip bayaran dari tuan punya kedai. Jadi saya dah rasalah susah senang nak deal dengan pembeli barang jualan saya. Sebab itulah kalau nak berniaga kita kena ada mentor. Saya sendiri pun masih belajar dari mentor saya. Mentor yang pertama saya cari ialah DAO. Siapa boleh teka siapa dia ni?

Lepas dah boleh bertatih dalam perniagaan barulah saya buka syarikat untuk membantu kawan kawan yang mahu berusaha mengubah hidup mereka.

http://www.mudahnyaberniaga.com/ boleh join kelas DAO kat sini

Photo by TheDigitalArtist

Masa kita mula nak berniaga, biasanya akan kekurangan banyak benda serba serbi. Hampir setiap hari saya akan meluangkan masa saya untuk menonton video Youtube Azizan Osman Business Coach. Pada saya apa yang Azizan Osman cakapkan di dalam video dia banyak memberi pengajaran dan peringatan kepada kita. Semoga beliau di beri umur yang panjang untuk mencurah bakti.

Anda juga seorang jurulatih perniagaan? Jemput berkongsi pengalaman anda dengan cara menjadi penulis tetamu kamu. Klik di bahagian atas sebelah kanan untuk menghantar tulisan anda.

Leave a Reply

Close Menu