Pakar Penggubah Bunga (6)

Anda pandai menggubah bunga? Ada tak orang pernah cakap yang bunga hasil gubahan anda sangat menarik?

Kalau anda pandai menggubah bunga. Anda boleh menambah pendapatan anda dengan menjual bunga gubahan anda. Saya pernah bekerja sebagai despatch bebas. (Saya bekerja dengan Goget, Honest Bee dan Go Loc sewaktu cuti semester)

Sepanjang tempoh menghantar barang tu saya menerima banyak tempahan untuk menghantar bunga hidup yang sudah siap di gubah.

Harga bunga yang siap di gubah oleh penggubah bunga agak mahal. Saya rasa sebab ianya menjadi mahal ialah kerana ia perlukan skill yang tinggi untuk menggubah bunga mengikut acara/event yang di perlukan.

Saya berikan contoh harga minima yang biasanya orang cas mengikut acara.

Contoh harga bunga yang siap di gubah, saya salin dari laman web orang lain. Tentu berbaloi kan, kalau anda iklan kan produk/servis anda.

Harga Gubahan Hantaran
Pakej Harga Gubahan Hantaran.


Pakej 5 gubahan hantaran: RM 250
Pakej 7 gubahan hantaran: RM 350
Pakej 9 gubahan hantaran: RM 450
Pakej 11 gubahan hantaran: RM 550
*Pakej termasuk dengan bekas hantaran, alas polisterin, organza dan satin (perlu dipulangkan semula).
Sirih junjung sahaja: RM 55 ke atas (Harga bergantung kepada jenis-jenis bunga yang dipilih).
Sewa dulang: RM 5 untuk 1 dulang.

Leave a Reply

Close Menu